Saturday, 31 May 2014

La Kayena

With La Kayena girls
(Ili Hizzad, Najat Khan, Syazwani Samad, Mauricia Grace)
and Maria Elena. ♥

Walau baru jumpa dua kali,
walau mula-mula ada awkward moments,
you all made my day.

The sharing moments we had,
felt like ukhwah tu dah lama terbina.
Cewah!

Hope to meet you all lagi,
walau sekadar borak, minum, makan, main dgn Nadrah, etc.

Much love sistas! :p

P/S : Nanti saya story pasal peristiwa ni. :)



Friday, 30 May 2014

One Thing

When everything is dull,
and I felt like backing out,
there's always that one thing,
and it's holding me tight.

Words might hurt,
Actions too,
But deep down inside,
I have that one thing too.


Tuesday, 27 May 2014

Isi Tempat Kosong


Hidup ada naik turunnya.

Bisnes juga.
Iman pun sama.
Kadang di atas, kadang di bawah.
Kadang banyak, kadang sikit.
So amacam?
Sahaja aku ... kerana Allah SWT.

Isi tempat kosong. :)


Monday, 26 May 2014

The Sumbs Cafe

Kisahnya, saya ke Shah Alam sempena raptai konvokesyen saya. Lepas tu, terasa rindu untuk ketemu teman-teman serumah dulu. Bibik-bibik yang terlepas dari Hospital Tanjung Rambutan. Mereka adalah Reen Mak Jemah, Maryam Kak Limah, Bazla Kak Ton dan Nasiha Ustajah Robiah. Haha.

Kami bertemu di The Sumbs Cafe, Shah Alam. Time tu kelaparan yang amat. Jadi, bila dapat je tempat duduk, teruslah saya order makanan untuk memenuhi keperluan asas perut buncit ini.


Kami pun berborak update tentang life masing-masing. Gila mereka tetap ada. Apakan daya, kerana simpati, jadi teruslah saya berkawan dengan mereka. Nanti dikacaunya orang lain tak ke naya kena masuk hospital balik. Kuikuikui!

Tengah borak-borak, sampailah makanan-makanan yang dipesan. Kecur air liur gua. Masing-masing makan dengan rakus. Tadi bising, bila makan je sunyi sebentar. Terserlah keuntaan (baca : kerakusan) kami.

Garlic Bread

Mushroom Soup

Chicken Hunter

Chicken Milanese

Pasta Carbonara

Chicken Cordon Bleu

 Churros

Selesai menjamah hidangan lazat tersebut, kami pun sambung berborak. Oh, lupa. Akan ku singgah kembali ke The Sumbs Cafe untuk mengunta. Apa tidaknya, enak bangat! :P Diskusi kami sangat mendalam. Ye lah. Masing-masing dah habis belajar, ada impian. Setelah almost setahun, kami mendapati kami stress. Peer pressure lah katakan. Apa yang tensi? Biasalah perempuan. Biasanya lepas habis belajar, akan ada beberapa options yang terbentang di hadapan kami.

1. Further study
2. Work
3. Marriage

Ada yang tak nak further study, tapi bila tengok kawan-kawan update status/gambar diorang further study overseas, depressed. Ada yang dapat further study, tapi tengok kawan-kawan update pasal kerja, depressed. Ada yang update pasal kahwin, depressed.

Banyak reasons for the depression thingy. Mainly sebab low self esteem. Sebab kita tak achieve what we plan to achieve. Sebab rasa macam tak de arah tuju dalam hidup. Sebab rasa ketinggalan among others. Sampai kita lupa what's the real reason kita depressed.

Mungkin masa kita belum sampai. InshaAllah a brighter day will come. Pasti ada hikmah. Maybe Allah SWT nak kita rasa susah dahulu sebelum merasa kemanisan hidup. Cewah ayat. :P Mungkin kita belum bertemu dengan pilihan yang terbaik. Allah SWT has better plans for us. Always remember that.

Yes, kekadang tensi jugak when people ask or judge. Maybe diorang tak faham situation kita. We can't be angry pun kan. Unless kita tetiba cerita our situation and stuff. Tapi that doesn't make any difference. Cara-cara untuk elak depression is to sentiasa ingat Allah SWT and focus on your bright side of your life. You still have your family and friends. You still ada something else that you're doing even though maybe tak berapa suka. The key point here is SYUKUR. InshaAllah ada jalannya, according to Maher Zain. Hihi.

Anyways, to my crazy girl friends, we each have our strength, focus on it. Believe in yourself and Malaysia boleh! Hiks. :)


Sunday, 25 May 2014

Usaha Tangga Kejayaan :P

Setiap kejayaan;
Ada jatuh bangunnya.
Ada masam manisnya.
Ada hitam putihnya.
Tapi yang penting kita cuba.
Bukan sekadar acah-acah.
Praktik, maka jadilah ia.


Saturday, 24 May 2014

Si Dia


Si dia.

Tukang support saya.
Tukang rebut makanan.
Tukang ambil gambar.
Pengacau dan dikacau.
Pembuli dan dibuli.
Pengejek dan diejek.
Teman sepermainan.
Teman gurau.
Teman gaduh.
Cinta hati.
Kawan baik.
Musuh ketat.


Thursday, 22 May 2014

Golek Golek Suasana Kampung

Malam semalam dinner at Golek Golek Suasana Kampung yang terkenal dgn Ikan Bakar Sambal Petai.


Nak masuk tempat tu curam sangat jalannya. Kami naik motor. Saya nasihatkan naiklah kereta. Dah lah tepi jalan semua gelap. Sudahnya saya turun motor. Suami mengerjakan motornya menuju ke destinasi. Beratlah katakan. Yang lawaknya, cuak punya pasal, saya pun berlari naik bukit tu. Tercungap-cungap. Sekali ada 3 buah kereta lalu kat tepi. Malu yang amat. Haha!

Sampai je kat atas, kitorang clueless. Nak pergi mana? Nak duduk mana? Nak order macam mana? Nak order apa? Harga berapa?

Nasib baiklah ada bro ni dia explain semua benda. Kitorang pun mkays. Kitorang confident je order ikut nafsu haloba. Tak tanya harga pun. Sebab saya kan dah boleh langgar pantang. Hiks! Pastu cuak sebab takut harga cecah ratus. Tapi tetap pasrah. Kami order;

- Ikan bawal sambal petai
- Sotong sambal
- Sayur campur goreng (1 orang makan)
- Telur dadar (2 orang makan)
- Nasi putih (3 pinggan)
- Fresh orange (1 litre)

Harap maklum ikan bawal yg dia claim kecil tu sebenarnya sederhana. Sebelum tu kami nak order ikan siakap yg dia claim besar. If dia claim besar, mestilah real lifenya extra large kan.

*ini bukan gambar ikan yg kitorang makan*

Sotong pulak 1 portion tu kenyang untuk 2 org makan. Sbb dia pun ada campur sayur & ulam. Sayur campur goreng tu pun sebenarnya portion dia lagi besar. Tapi mintak dia buat untuk sorang je. But turned out portion sorang tu boleh makan untuk 2 org gak. Haha.

Air dia pulak dia serve dlm jug 1 litre tu. Boleh je nak mintak dlm gelas. Tapi biasanya dia serve camtu lah. Air 1 litre tu mmg jenuh nak habiskan. Haha. Kitorang makan, pastu tambah nasi lagi. Pastu kenyang ratah lauk yg banyak.Pastu tiba masa nak bayar. Berdebar-debar estimate RM100. Tengok-tengok RM60 sahaja. Makanan sahaja RM50. Air 1 litre RM10.

Bagi saya berbaloi-baloi lah. Dengan portion yang besar dan banyak. Tak patut makan 2 orang. Sebenarnya yg kitorang order untuk 3 orang makan.Suasana pulak memang kampung. Best. Open air candle light gitew. Tapi kitorang duduk kat dlm rumah kayu. Ramai lah yg masuk ambil gambar bagai. Best!


Speciality diorang memang ikan bakar sambal petai. Time kitorang datang banyak yg dah habis. Ada ikan pari, ikan siakap & ikan bawal. Yang masak sambal lagi ada sotong, kerang & lala. Pastu ada butter prawn & ketam masak butter/telur masin. Sayur ada sayur campur goreng & terung masak sambal ikan masin. Air buah semalam tinggal oren, tembikai & kedondong. Pergilah cuba ye. :)

P/S : Alamat --> Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak 68100 Selangor.

Wednesday, 21 May 2014

Bila Adik Berkata-kata

Tgh drive lepas amik Dini & Aya dari sekolah, saya curi dengar perbualan mereka.

Adelea : Senang je cara nak kaya.
Adenin : Macam mane?
Adelea : Pergi bank mintak kad pastu keluarkan duit banyak-banyak. Pastu pergi bank lain pulak.
Adenin : Kaya pun susah. Miskin pun susah. Sederhana je tak susah.
Adelea : Kaya lah senang.
Adenin : Kalau kaya, banyak sgt duit, byk barang kat rumah, tak tahu nak letak kat mana duit & brg, susah jugak. Nnt takut org lain amik. Kalau miskin pun susah jugak. Baik bersederhana je.

Saya terkedu. Adenin baru darjah 3.

Tuesday, 20 May 2014

Kisah Di PPUM

Scene #1

Dari td nurse panggil Adila. Sy pun buat x tau. Tetiba nurse lain panggil Farah Adila.

"Dpn ni rupanya. Td panggil Adila x sahut."
"Oh, biasa org panggil sy Farah. Sorry."

Kami pun gelak seperti pelakon drama buat-buat gelak.

Scene #2

Saya syak pakcik sorg ni pun thyroid cancer tapi stage tinggi drpd aku. Lawak dia ni. Dia kena kuarantin 7 hari.

"Pakcik kena kurung 7 hari. Mcm nak gila. Lain kali kalau awak kena kurung, bawak radio. Hari tu pakcik mintak doktor bagi ubat tidur sbb kena kurung x tau nak buat apa seminggu."

"Lain kali pakcik bawaklah laptop, wifi dgn smartphone. TV and DVD player kan ada. Pakcik x tengok ke hari tu?"

"Apa benda semua tu?"

"Erms."

Scene #3

"Cancer cells ada lagi. Kita jumpa lagi untuk therapy k?"

Tarik nafas. "Okay."

Keluar bilik, hati sedih. Tetiba dpt Whatsapp. "We'll have to go to @lagendas untuk setup @eiliyaboutique punya store." Hati gumbira kembali. Betapa sukanya berada dalam industri. Yay!

Scene #4

Pakcik tadi keluar bilik doktor. Mata merah berair. Tapi senyum.

"3 bulan lagi pakcik kena kurung lagi. Kalau awak kena lagi, pergi tau. InshaAllah okay."

Saya mengangguk. "Terima kasih pakcik". Lupa nak ajak selfie sekali. Ada jodoh, kita jumpa lagi nanti.

Pakcik yg positif dan lawak pun sedih bila dpt berita sebegitu. Saya apatah lagi. Tapi inshaAllah, ada hikmah buat kami. :')

Monday, 19 May 2014

Nama Kawan Saya Rahmah


Ini kawan saya, Rahmah.

Sejak zaman sekolah, dia nak jadi journalist. Well, she got what she wants. She worked hard to achieve her ambition.

Sekarang dia kerja at BFM 89.9 buat radio documentary, which is her expertise. This picture was captured by @zuhairahashim masa @rahmahrahmah interview untuk segment sempena hari guru.

She enjoys what she does for a living. She loves her job. I'm happy for her.

Nak type banyak lagi tapi malas pulak. In conclusion, she's a great friend and person. :)


Sunday, 18 May 2014

Appreciate Your Spouse :)

Semua orang tak perfect. Ada kelebihan & kekurangan. Bukan semua boleh terima kekurangan. Kalau terima pun, bukan semua boleh terima tahap mokhsha.

Saya bersyukur ada suami yg penerima. Ye lah, perangai saya kan tak senonoh. Dia boleh terima walaupun kekadang dpt tazkirah free. Dia pun boleh layan gila saya. Layan perangai mintak penampo saya.

Tapi yang saya nak highlight is kesanggupan dia menjaga saya walaupun dlm serba kami kekurangan. Saya rasa kalau org lain mungkin dah tinggalkan saya kot.

Ye lah. Kami nikah usia muda. Masih belajar. Kerja pun takde lagi. Bergantung pada biasiswa memasing and side income yg ada naik turunnya. Tapi kami masih bersyukur sbb kami masih boleh hidup. Kalau diikutkan, mewah juga compared to students lain.

Tetiba saya sakit. Thyroid cancer. Dialah yg menjaga saya siang malam. Walau ada kelas, assignment dan test. Dialah yg tidur atas kerusi sebelah katil saya hari-hari. Dialah yg selalu ingatkan saya mkn ubat walaupun saya annoyyed. Dialah yg sanggup suapkan ubat walaupun atas sbb saya malas makan ubat sendiri.

Walaupun byk ranjau, dia tetap bertahan. Jiwa saya je yg selalu rapuh. Mujur ada dia. Bila saya ingat pengorbanan dia, mesti hati tersentuh. Hopefully we'll achieve our dreams and support each other forever and ever.

Moral of the story, appreciate your spouse. Even though ada weaknesses, jgn asyik complain je. Diri sendiri pun bukan perfect kan. Make do with all you have and cherish moments together to the max. If x bersyukur, itulah yg menyebabkan benda-benda x elok berlaku.

Peringatan ini untuk diri sendiri terutamanya, dan juga semua yg membaca. :)

Wednesday, 14 May 2014

Restoran Rumah Thai

Assalamualaikum and hi.

Keluarga dan rakan-rakan mengenali saya sebagai pemakan. Well, I love to eat. A lot. So, let me share a dining experience at Restoran Rumah Thai, Taman Melati. I went there with my husband, of course. This was our first time there. Kitorang lapar, nak cari port makan. Tapi blur tak tahu makan apa. Lastly, kitorang pergi je area Taman Melati. Rata-rata kedai makan lain nampak penuh and nak tutup dah. So, kitorang pergilah kat Restoran Rumah Thai ni. We thought that the restaurant would be pricey but when we got inside, we were surprised!


With only RM50, you can get :-
- White rice (2 plates)
- Pandan chicken (6 pcs)- Butter prawn (10-12 pcs)
- Tomyam songkhla (1 part of crab, 1 slice of fish, 4 pcs of prawn, 6 pcs of cuttlefish &10 pcs of lala)
- Mushroom brocolli (10-12 of mushroom & 10-12 pcs of brocolli)
- Warm water (2 glasses)




For eaters like us, that was like wow! It's a set for 2 actually. We only add on the warm water and it's free. We didn't even finish them and took home the left overs. The menu can actually serve til 4 pax. Just add another 2 plates of white rice and add on another portion of tomyam. But I think it would still worth your money. The food pun sedap!

They even have another cheaper set for 2 at RM40. You can get 2 plates of white rice, tomyam campur, can't remember the chicken dish, udang goreng tepung & kerabu mangga. Still okay kan?

What's your say? Go check it out. Ni alamatnya -- > No. 69G Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur. :)