Friday, 25 July 2014

Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai

Okay, ini cerita masa gue mula-mula dapat khabar berita kena laporkan diri di Kolej Komuniti Jasin, Melaka bulan lepas. Weekend sebelum kena lapor diri tu gue dan si dia pun pergi lah Melaka untuk mencari tempat berteduh dan kenal pasti abang atau kakak kawasan yang available. On the way to tempat kejadian, gue noticed banyak medan ikan bakar. Gue pun meleleh lah air liur lalu teringat member gue ada pernah sebut pasal Umbai. So, gue pergilah yang terapung punya tu. Masa pergi tu kawasan dia besar tapi yang buka kedai cuma 2 sahaja. Satu yang dekat entrance, satu lagi kat hujung belah sana. Disebabkan yang dekat entrance tu ramai, gue pun pergilah yang dekat belah hujung sana. Lapo lah katakan. Tak sabau, bak kata orang Melaka. Hehe.

Nama kedai yang gue pergi tu was Sempoi kot? Tak ingat dah. Gue pun order lah;
- Seekor ikan siakap bersaiz sederhana (separuh bakar berlada and separuh masak 3 rasa)
- Seekor sotong digoreng tepung
- Sebiji kelapa untuk diminum airnya
- Segelas fresh orange
- Sepinggan nasi putih
- Sebungkus nasi lemak

Masakannya sedap tapi tidaklah seperti yang dibayangkan. Sebab ramai bagi feedback macam terlalu sedap. Gue tak kecewa tapi gue anggap perkara ini seperti indah khabar dari rupa. Selepas sendawa kekenyangan, si dia pergi membayar hidangan yang telah dilahap. Semuanya RM53++. Untuk first timer macam gue time tu, agak okay lah kut? Tetapi setelah sebulan bermastautin di sini, baru gue tahu yang gue pergi salah tempat dan harga yang dibayar agak mahal berbanding experience gue makan di medan ikan bakar yang lain. Tidak mengapa. Salah seorang pelajar gue ada beritahu medan ikan bakar yang best di Alai. Seperti yang direkomen oleh makcik gue. Gue juga baru tahu tempat yang orang sebut best sangat di Umbai tu. Nanti gue pergi, gue review ye. Tapi harap maklumlah. Lauk gue sama je. Cuma dapat bandingkan servis, rasa dan harga je lah. Hehe. Okay lah, gue nak minta diri dulu. Bulan puasa buat food review ni agak mencabar iman. Heh. Enjoy the pictures. Sekian.

*ikan siakap masak 3 rasa*

*ikan siakap bakar berlada*

*sotong goreng tepung*

*air kelapa*

No comments:

Post a Comment